|
Bahasa: EN | BM |

Tentang Kami

LATAR BELAKANG

The Johor Collection Sdn. Bhd. (TJC) ialah anak syarikat kepada Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) yang ditubuhkan pada 3 Julai 2019. TJC berperanan seiring dengan Majestic Johor dalam mempromosikan keunikan serta kepelbagaian identiti Johor yang merangkumi budaya, tradisi, makanan, bangunan bersejarah, dan seni kreatif.

TJC menyokong usahawan dalam mengkomersialkan serta mempromosikan produk mereka di bawah jenama “The Johor Collection”. Melalui inisiatif ini, TJC menonjolkan identiti Johor sebagai sumber kebanggaan untuk rakyatnya.

Tentang Kami

The Johor Collection (TJC) telah ditubuhkan pada 3 Julai 2019, diinspirasikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor.

The Johor Collection merupakan sebuah inisiatif penting yang menterjemahkan segala keunikan dan kepelbagaian Johor ke dalam bentuk cenderahati eksklusif sebagai tanda kenangan yang bernilai.

Visi Kami

Sebagai pusat cenderamata dan produk pelancongan di bawah jenama "The Johor Collection," berfungsi sebagai sumber kebanggaan buat semua rakyat Johor.

Misi Kami

Memasarkan produk terpilih yang menjelmakan identiti Johor secara lebih luas dan strategik, sambil memanfaatkan kerajaan dan rakyat Johor.